HomeIsu tempatanDBKK agih 1,020 pek bubur lambuk

DBKK agih 1,020 pek bubur lambuk

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengagihkan sebanyak 1,020 pek bubur lambuk kepada pengunjung sekitar bazar Ramadan Lintasan Deasoka disini semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, agihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bersama Syarikat Nestle Sdn Bhd pada bulan Ramadhan. 

“Selama dua tahun bazar Ramadan tidak diadakan dan apabila ia dibuka semula pada tahun ini, sambutan amatlah menggalakkan cuma bezanya tahun sebelumnya kita memasak. 

“Kali ini, Persatuan Bulan Sabit Merah memasak bubur lambuk, bahan-bahan disediakan oleh Maggi dan beras ditaja oleh Sazarice,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk diperkarangan DBKK disini semalam.

Noorliza berkata, sempena Ramadan, semua lokasi bazar mempunyai kawalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Untuk bazar Ramadhan pada tahun ini, DBKK dengan kerjasama Bank Negara memperkenalkan ‘Bayaran Tanpa Tunai’ di hampir semua lokasi bazar Ramadan di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 16 lokasi bazar ramadan dibuka pihaknya iaitu Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru, Pasar Malam Inanam, Pasar malam Inanam Point, Pasar Malam Manggatal, Pasar Malam Kingfisher, kawasan boardwalk di belakang Marriott Hotel (tapak baharu),  University Apartment, Wisma Merdeka, Asia City, Taman Putera Jaya, Metro Town, Wawasan Plaza dan Bataras Kolombong.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Cawangan Sabah), Datuk Asnan Yunus Chung, Pengurus Jualan dan Operasi Am Sabah – Brunei (Nestle Products Sdn Bhd), Quek Teng Hiong dan Ketua Jabatan Pemasaran Sazarice, Rayner Kilik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular