HomeUtamaMAFI terus tumpu usaha tingkat jaminan bekalan makanan

MAFI terus tumpu usaha tingkat jaminan bekalan makanan

Read Time:1 Minute, 29 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan terus menumpukan usaha bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan negara melalui pelbagai usahasama strategik dan sinergi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuklah berkolaborasi bersama kementerian berkaitan demi menjami sekuriti makanan selain membantu petani dan pengusaha ternakan dalam meningkatakan produktiviti pengeluaran.

Katanya, ia juga sekali gus dapat menangani isu dan cabaran yang dihadapi terutamanya berkaitan peningkatan kos pengeluaran.

Antara kementerian terlibat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC); Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia.

“Sesi libat urus berterusan dengan pihak industri akan diadakan untuk memastikan industri ayam dan telur terus kekal mampan dan beroperasi dalam skala penuh.

“Ini juga bagi memastikan pengeluaran ayam dan telur di ladang mencukupi bagi memenuhi keperluan tempatan terutamanya menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan ketika menghadiri mesyuarat berkenaan isu kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur di antara MAFI dan KPDNHEP disini kelmarin.

Mesyuarat itu diadakan adalah bagi membincangkan isu kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur serta membincangkan penyelesaian terbaik dalam menangani isu berkaitan agar industry ternakan kekal mampan, sekuriti makanan terjamin dan rakyat mendapat akses sumber protein dengan harga berpatutan.

Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan oleh MAFI dan KPDNHEP dalam mesyuarat ini yang termasuk berkenaan kenaikan kos pengeluaran ayam di ladang, peningkatan harga jagung, senario pematuhan harga maksimum ayam dan telur ayam.

Menerusi mesyuarat ini turut dibincangkan antara lain faktor yang menyebabkan kenaikan harga kos pengeluaran ayam di ladang secara berterusan khususnya kenaikan harga jagung yang merupakan bijirin makanan utama ayam sehingga harga ayam didapati kembali meningkat.

Dua komoditi utama yang melibatkan makanan ayam ialah jagung bijian dan soybeans meal (SBM). Harga jagung bijian dan soybean meal (SBM) telah meningkat masing-masing sebanyak 13 peratus dan 11 peratus sejak Januari 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular