HomeIsu tempatanJadikan Ramadan Sebagai Medium Eratkan Silaturahim - Japlin

Jadikan Ramadan Sebagai Medium Eratkan Silaturahim – Japlin

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA BELUD: Bulan Ramadan merupakan tempoh masa proses pengukuhan umat sejagat meliputi perpaduan, pemurnian jiwa, pematuhan rukun, perdamaian, kasih sayang dan pembinaan jati diri umat Islam malah juga penganut agama lain.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin berkata, masyarakat perlu mengetepikan sementara perbezaan fahaman politik dan menjadikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebagai medan terbaik merapatkan hubungan sesama sendiri.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Japlin telah mengadakan pertemuan dengan masyarakat dalam kawasan Kota Belud sambil berbuka puasa, solat berjemaah bermula solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Sunat Terawih bersama-sama penduduk kampung.
 
Antara masjid yang dikunjungi Masjid Kg. Kuala Abai, Masjid Kg. Tambulion, Masjid Kg. Buah Pandai, Masjid Kg. Pintasan Kota Belud.

Japlin turut mengingatkan kepada masyarakat di kawasan itu supaya disiplin diri serta pematuhan segala rukun sepanjang bulan puasa Ramadan sepatutnya dihayati serta disinambungkan sepanjang kehidupan demi memartabatkan tamadun manusia itu sendiri.
 
“Sudah tiba masanya umat Islam memanfaatkan pusat ibadah itu bagi meningkatkan pengetahuan yang tidak terhad kepada sudut keagamaan sahaja.
 
“Alhamdulillah, (kita) dibenarkan ke masjid seperti biasa. Ini satu manfaat besar kepada kita semua kerana sudah boleh beramai-ramai di masjid pada Ramadan ini. Tiada lagi penjarakan fizikal, bermakna peluang untuk kita eratkan silaturahim,” katanya.

Beliau turut mengajak umat Islam memenuhi bulan Ramadan kali ini dengan lafaz kesyukuran kerana terselamat ketika mengharungi ujian Covid-19.

“Syukuri nikmat Allah ini kerana kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan 2022 ini. Ada yang sudah pergi disebabkan Covid-19, dan Ramadan 2021 adalah yang terakhir buat mereka.

“Justeru, kita yang masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa dan solat sunat tarawih, bersyukurlah.

“Sentiasa sematkan perasaan bersyukur kerana ini melatih kita menjadi orang yang bahagia. Kita bukan tidak bahagia sebenarnya tetapi kita yang kurang bersyukur,” jelas beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya