HomeUtamaCITF setuju vaksinasi murid kelas peperiksaan

CITF setuju vaksinasi murid kelas peperiksaan

Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk divaksin dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, berkata ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas.

“Bagi vaksinasi guru, sehingga kini lebih 90,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya di Facebook beliau.

Radzi turut berkongsi satu video ringkas di mana Khairy memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Khairy berkata demikian dalam forum bertajuk “The Path to Herd Immunity: Up Close with YB Khairy Jamaluddin” anjuran The Oxford & Cambridge Society Malaysia menerusi dalam talian, semalam.

Khairy berkata, menurut data yang diterima daripada KPM terdapat 357,000 pelajar tingkatan lima dan 47,000 guru yang mengajar pelajar tingkatan lima.

“Anak-anak yang menghadapi peperiksaan awam perlu kembali ke sekolah untuk persediaan menghadapi peperiksaan. Kami bekerjasama dengan KPM untuk memberi tumpuan pada tahun peperiksaan terlebih dahulu untuk memberi inokulasi kepada guru, kakitangan sokongan sekolah serta pelajar tahun peperiksaan,” katanya dalam forum itu.

RELATED ARTICLES
Utama

China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular