HomeIsu tempatanPengusaha Pelancongan Luar Bandar Sabah Wajar Mendapat Bantuan Khas Kerajaan Persekutuan -...

Pengusaha Pelancongan Luar Bandar Sabah Wajar Mendapat Bantuan Khas Kerajaan Persekutuan – FeRTAS

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Persekutuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) mengalu-alukan bantuan kerajaan kepada pengusaha pelancongan yang amat terjejas dengan pendemik Covid -19.

Presiden FeRTAS, Walter Kandayon berkata, pengusaha pelancongan khususnya pelancongan luar bandar Sabah wajar mendapat bantuan khas Kerajaan Persekutuan.

Beliau merujuk kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 28 Mac 2022 berkaitan bantuan khas berjumlah 85 juta ringgit .

“Bantuan kerajaan kepada pengusaha pelancongan amat wajar dan mendasak kerana hampir semua pengusaha pelancongan, khususnya pelancongan luar bandar di Sabah terkesan selepas tidak beroperasi secara konsisten selama lebih 2 tahun. Walau bagaimanapun FeRTAS agak terkilan kerana bantuan khas itu hanya dikhususkan untuk operator yang berdaftar dngan MOTAC.,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan dengan itu FeRTAS telah membawa isu ini ketika mengadakan kunjungan hormat dengan pengarah MOTAC Kota Kinabalu, Ibrahim Othman di pejabatnya baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu Walter dan Ibrahim berkongsi pendapat yang sama bahawa pelancongan luar bandar Sabah amat penting kerana kebanyakan khazanah pelancongan yang menarik di Sabah berada di luar bandar.

Walter juga telah menekankan tentang usaha-usaha membangunkan pelancongan luar bandar ini sejak 2014.

Walter menambah bahawa agensi Pelancongan negeri seperti Sabah Tourism Board (STB) telah mengorak langkah awal merintis pembangunan pelancongan luar bandar di Sabah.

“STB sentiasa menyuntikkan semangat pengusaha pelancongan luar bandar di Sabah dengan konsisten menyalurkan bantuan untuk membangunkan fasiliti produk-produk pelancongan. Inisatif kerajaan seperti ini sangat penting untuk menyuntik semangat dan meningkatkan komitmen pengusaha luar bandar yang rata-rata kurang kemampuan memulakan usaha membangunkan pelancongan.

“Selaras dengan usaha memperhebatkan kemajuan pelancongan, kita telah mengambil inasiatif kepada penubuhan persatuan pelancongan daerah yang bertujuan menyelaras aktiviti dan pembangunan pelancongan setempat,” katanya.

Menurut Walter, dalam tempoh beberapa tahun sahaja, pelancongan luar bandar berkembang dengan pesat di mana beberapa Community Based Tourism (CoBT) di Kadamaian, Kota Belud mendapat pengiktirafan di peringkat Asean pada tahun 2019. Kini pelancongan luar bandar Sabah sedang menjadi rujukan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

“Ketika ini kita ada lebih 500 pengusaha pelancongan di luar bandar di Sabah. Mereka ini turut menyumbang kepada pertumbuhan dan kegiatan ekonomi dan sosial terutama di luar bandar,” ujarnya.

Walter turut merayu kerajaan persekutuan khususnya MOTAC, supaya melihat perkembangan positif pengusaha atau operator pelancongan luar bandar di Sabah dan seterusnya mewujudkan bantuan khas khususnya kepada mereka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK raih anugerah ‘Asean Clean Tourist City Standards’ kali ketiga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya