HomeUtamaMangsa banjir di PPS terus menurun

Mangsa banjir di PPS terus menurun

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Mangsa banjir di Tenom dan Beaufort terus mencatat penurunan apabila hanya tinggal 707 mangsa di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah, mangsa yang terlibat adalah terdiri dari 323 Ketua Isi Rumah (KIR) dan ditempatkan di tujuh buah PPS.

“Antara PPS yang masih dibuka di Tenom adalah di Dewan mini Jinuim; Rumah Kebudayaan Batu-Batu; Rumah Kebudyaaan Pantagon Saga; Dewan Kampung Kalang Kanar dan Dewan Terbuka Kampung Saga.

“Bagi daerah Beaufort pula, sebanyak dua buah PPS masih dibuka antaranya di Dewan Selagon dan Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir,” menurut laporan itu di sini hari ini.

Laporan yang direkodkan sehingga jam 8 pagi adalah melibatkan 355 mangsa di Tenom dan 352 mangsa di Beaufort.

Bilangan jumlah mangsa banjir yang terjejas akibat banjir semakin berkurangan selepas trend penurunan air banjir juga mula surut sejak semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan sedia ruang untuk mahasiswa, pelajar suarakan pandangan dan aspirasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular