HomeUtamaJambatan Pekan Tuaran - Sungai Damit masih ditutup, beri laluan ICE jalankan...

Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit masih ditutup, beri laluan ICE jalankan pemeriksaan akhir

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit yang ditutup selain tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kini masih dalam kerja-kerja pembinaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Ir Ali Ahmad Hamid berkata, jambatan itu juga tidak pernah dibuka secara rasminya untuk kegunaan orang awam.

“JKR Sabah mengambil maklum persoalan orang awam mengenai penutupan Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit pada 10 Mei 2022 yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini.

“Selain masih dalam kerja pembinaan,  penutupan jambatan ini juga adalah untuk memberi laluan kepada Independent Checking Engineer (ICE) yang telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan akhir terhadap integriti struktur jambatan ini.

“Kita jangka kerja-kerja kajian akan dapat diselesaikan dalam sedikit masa lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ali Ahmad berkata, pihak JKR Sabah turut memahami kesulitan yang dihadapi oleh orang awam.

Namun begitu katanya, atas risiko keselamatan pengguna, jambatan ini akan ditutup sepenuhnya sehingga dimaklumkan kelak.

Beberapa hari lalu, Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit tular di media sosial selepas di tutup selain struktur jambatan itu turut dilihat tidak stabil dan rosak yang membahayakan pengguna jalan raya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular