HomeUtamaPICKids dilanjutkan sehingga hujung Mei ini

PICKids dilanjutkan sehingga hujung Mei ini

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU : Pemberian vaksin dos pertama dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) yang sepatutnya berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Keputusan menetapkan tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera pada 8 Mei lalu dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelanjutan itu adalah mengambil kira sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka.

“Bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022 dan memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei 2022, boleh meneruskan janji temu yang dipilih,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Noor Azmi berkata, bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022 tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei 2022, janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik.

Katanya, bagi ibu bapa yang mendaftar selepas 8 Mei 2022, pautan tempahan janji temu dalam aplikasi MySejahtera tidak akan diberikan.

“Bagaimanapun ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei dan yang mendaftar selepas itu masih boleh membawa anak untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara terus di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 31 Mei 2022.

“Pemberian vaksin di Klinik Kesihatan KKM adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia di sesebuah Klinik Kesihatan dan secara first come basis. Sekiranya bekalan vaksin pada hari tersebut telah habis, ibu bapa perlu datang semula pada hari berikutnya,” katanya.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids.

Katanya, mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.

“Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022 kerana mereka dijangkiti COVID-19.

“Mengambil kira komplikasi MIS-C yang mungkin berlaku, ibu bapa disarankan membawa anak mendapatkan vaksinasi secara terus ke Klinik Kesihatan dalam tempoh enam enam minggu selepas sembuh dari jangkitan, ataupun selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular