HomeUtamaDana inkues Zara sudah diaudit, laporan tidak wajib didedahkan

Dana inkues Zara sudah diaudit, laporan tidak wajib didedahkan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dana inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir berjumlah lebih RM200,000 dan telah diaudit.

Bagaimanapun, tiada kewajipan dari segi undang-undang untuk mendedahkan laporan audit berkenaan kepada umum.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat membuat penjelasan itu susulan masih terdapat pihak yang membangkitkan persoalan mengenai kutipan dana tersebut.

“Jumlah kutipan dana ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Senator Marhamah Rosli pada tahun lepas.

“Secara ringkasnya, kutipan hanya RM200,000 lebih sahaja. Tidak sejuta, tidak dua juta.

“Semua dana tersebut digunakan hanya untuk inkues ini. Tidak ada digunakan untuk perbelanjaan yang lain. Hanya untuk inkues ini,” katanya pada sidang media selepas prosiding inkues di sini, hari ini.

Shahlan berkata, dana berkenaan telah diaudit selepas anak guamnya, Noraidah Lamat, bersama pasukan peguam melantik seorang akauntan bebas bertauliah pada April tahun ini.

“Tidak ada keperluan bagi pihak kami, bagi pihak anak guam, keperluan undang-undang untuk mengemukakan laporan audit itu di khalayak ramai. Tidak ada keperluan undang-undang,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukan peguam mengendalikan inkues berkenaan secara pro bono tanpa mengenakan sebarang yuran guaman.

“Untuk pengetahuan semua bagi pihak peguam, memang kami buat secara pro bono. Tidak ada satu sen yang kami gunakan untuk legal fees,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Peguam akan dapatkan arahan ibu Zara sebelum putuskan tindakan sivil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular