HomeIsu tempatanKapal tangki ditahan, DSL tamat tempoh

Kapal tangki ditahan, DSL tamat tempoh

Read Time:1 Minute, 5 Second

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh warganegara asing, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, Kapal Maritim BISTARI yang melaksanakan rondaan Op Benteng dan Op Sejahtera telah mengesan sebuah kapal tangki yang sedang berapung.

Katanya, kapal tangki berkenaan juga berada dalam keadaan mencurigakan dengan kedudukan 14.1 batu nautika barat laut Pulau Labuan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan oleh Pasukan Geledah, didapati kapal berkenaan dikendalikan oleh lima orang kru warganegara asing (Indonesia dan India) yang berusia antara 25 tahun hingga 42 tahun.

“Dua daripadanya memiliki dokumen pengenalan diri yang tidak lengkap. Selain itu, kita mendapati kapal telah beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) yang tamat tempoh serta dokumen kapal yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, kapal bersama kru ditahan dan di dibawa ke Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952).

“Syarikat perkapalan serta komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah termaktub bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku dalam perairan negara.

“Laporkan maklumat berkaitan jenayah maritim dan Carilamat di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular