HomeIsu tempatanPenglibatan masyarakat dalam koperasi mampu semai semangat kekeluargaan

Penglibatan masyarakat dalam koperasi mampu semai semangat kekeluargaan

Read Time:1 Minute, 34 Second

TAMPARULI: Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi mampu melahirkan kesatuan dan kebersamaan melalui struktur perkongsian bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, penyertaan masyarakat di dalam sesebuah pertubuhan koperasi akan menyemai semangat kekeluargaan dalam kalangan ahlinya.

“Koperasi bukan sahaja dapat membantu ahli untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi, seperti gotong-royong, majlis hari keluarga, dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga anjuran bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Tamparuli, Kiulu dan Kadamaian (5PM) dengan Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA).

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah, Matias Kundapin, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Pengerusi 5P, Yatau @ Mohd Azman Ubin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tamparuli, berkata, penyertaan komuniti dalam institusi koperasi juga memberi peluang terhadap peningkatan hubungan sesama komuniti ahli.

“Hubungan ini dapat membina keperibadian, sekaligus mencetus semangat kekeluargaan dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, beliau memuji usaha para pesara guru yang telah sebulat suara mengadakan program Hari Keluarga mereka sebagai aktiviti pengisian tahunan.

“Semoga kalian dapat mengisi kehidupan dengan aktiviti-aktiviti sihat, moga cintakasih dikuatkan, dan hubungan juga dieratkan.

“Kepada pesara guru sekalian, teruslah menghargai kehidupan yang masih ada ini, biarlah diisi dengan aktiviti yang menceriakan, jangan beri ruang kepada kemurungan menguasai hidup,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi KOPDESA yang juga Pengerusi Penganjur bersama, Ireline Damit, menghargai sumbangan serta kehadiran semua ahli dalam menjayakan program tersebut, dan berharap hubungan mereka akan sentiasa akrab, sama ada sebagai ahli KOPDESA mahu pun ahli 5P.

Pada program tersebut, Jahid turut diraikan oleh semua yang hadir, sempena menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan ini.

Antara lain pengisian program mereka selama dua hari adalah pertandingan masakan tradisi, cabutan tiket bertuah, tajaan lagu, dan banyak lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular