HomeEkonomi Pakar ekonomi sokong hapus subsidi

 Pakar ekonomi sokong hapus subsidi

Read Time:2 Minute, 11 Second

PETALING JAYA: Dua pakar ekonomi menyokong gesaan agar pemberian subsidi dimansuhkan dan bantuan kewangan diberikan terus kepada mereka yang memerlukannya.

Geoffrey Williams daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dan Pengarah Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia Yeah Kim Leng bersetuju bahawa bantuan bersasar akan dapat lebih membantu lebih berkesan berbanding subsidi katanya seperti yang dilaporkan portal FMT hari ini.

Mereka mengulas cadangan ahli perniagaan Ameer Ali Mydin baru-baru ini agar kerajaan memansuhkan semua subsidi, sebaliknya memberikan bantuan tunai secara terus kepada rakyat. Menurutnya, skim subsidi kerajaan tidak distrukturkan dengan betul.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, subsidi kerajaan bernilai lebih RM15 bilion memanfaatkan kumpulan kaya T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol berjumlah RM4 bilion.

Williams berkata, pindahan tunai seperti gaji dan subsidi langsung membantu melindungi pendapatan dan mengawal kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun beliau mengakui ini tidak boleh berterusan sampai bila-bila kerana akan mengkibatkan herotan pasaran bagi tempoh jangka panjang.

Katanya, wujud keperluan untuk strategi keluar, dengan mencadangkan pendapatan asas sejagat (UBI) sebagai satu alternatif.

“Terdapat pelbagai bentuk UBI, salah satu daripadanya adalah sistem kredit cukai atau cukai pendapatan negatif. Mereka yang bekerja mendapat kredit cukai jika memperoleh pendapatan di bawah ambang tertentu, dan bayar cukai seperti biasa jika pendapatan mengatasi ambang,” katanya kepada FMT.

Williams berkata, UBI kurang menyebabkan herotan pasaran, bersifat bersasar dan memberikan penerimanya wang tunai secara langsung untuk dibelanjakan sebagaimana perlu.

Tambahnya, ini patut diberikan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini akan memberikan penyelesaian jangka panjang kerana ia serupa dengan pemindahan tunai tetapi berbeza-beza mengikut pendapatan rakyat, dan boleh menelan kos lebih rendah secara keseluruhan.

“Harap-harap ini boleh menjadi titik permulaan dan ada ahli politik yang akan membentangkannya sebagai satu pilihan pada pilihan raya umum akan datang. Lebih baik lagi jika Tengku Zafrul dapat mengumumkannya dalam bajet akan datang, (bergantung kepada) mana yang berlaku dulu,” katanya.

Yeah berkata, bantuan tunai akan menjadi cara lebih mudah bagi membantu golongan berkenaan.

“Kebebasan memilih berguna untuk mereka ini mengoptimumkan perbelanjaan dan cara mereka membuat keputusan untuk menyimpan. Mereka juga akan dapat menggunakan wang simpanan itu untuk tujuan lain.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu merekabentuknya agar ia mudah diberikan, dengan kos yang minimum dan tidak terdedah kepada sebarang ketirisan.

“Selain itu, memandangkan kerajaan sudah mempunyai pangkalan data B40 (melalui inisiatif sebelum ini), apa yang boleh dilakukannya sekarang adalah menambah bantuan tunai,” katanya kepada FMT.

Yeah berkata, penggubal dasar harus menjalankan kajian untuk menentukan jumlah yang diperlukan bagi B40 dan keseluruhan proses harus telus.

Beliau turut mengingatkan kerajaan supaya menaikkan harga minyak secara beransur-ansur kerana kenaikan mendadak akan mencetuskan inflasi, yang akan menyebabkan tindakan penghapusan subsidi satu hari nanti menjadi tidak bermakna.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu prestasi Wall Street

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular