HomeIsu tempatan32 kakitangan PKK terima APC 2021

32 kakitangan PKK terima APC 2021

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Seramai 32 kakitangan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 baru-baru ini.

Majlis APC 2021 itu disempurnakan Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Zainab Othman di Kampus Harum’mas PKK.

Ketika berucap pada majlis itu, Zainab berkata, secara rasionalnya pemberian anugerah seumpama ini merupakan suatu bentuk motivasi bagi menggalakkan persaingan secara sihat dalam kalangan pekerja untuk bersama-sama bertekad memajukan diri dan institusi.

Pengarah PKK, Dullah Muluk berkata, nilai teras seperti Kreativiti dan Inovasi, Integriti, Ketangkasan dan Professionalisme perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan tugas hakiki

“Penghayatan dan tindakan seiring dengan nilai teras ini mampu melahirkan warga yang berketerampilan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, sesuai dengan prosedur dan etika kerja sebagai panduan,” katanya.

Bagi salah seorang penerima APC, Pegawai Khidmat Pelanggan, Dayang Marwanie Ahmad berasa terharu dengan pengiktirafan yang diberikan oleh pihak pengurusan PKK.

Menurutnya, APC 2021 merupakan anugerah perkhidmatan kedua diterimanya sepanjang 12 tahun berkhidmat di PKK.

“Penat lelah dan pengorbanan sepanjang tahun 2021, membuahkan hasil. Semoga dengan APC ini, dapat menjadi pemangkin semangat dalam membina perjalanan karier yang lebih cemerlang,”

“Terima kasih kepada suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan sekali gus membantu saya dalam proses ini. Kerjasama dalam kumpulan sangat penting untuk sebuah organisasi. Tanpa kerjasama dan bantuan daripada rakan sekerja yang lain, objektif dalam kerja seharian tidak akan tercapai,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi PKK dan semua Ketua Jabatan Akademik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya