Peter Anthony didapati Bersalah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini memutuskan Datuk Peter Anthony di dapati bersalah di atas pertuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.

Hakim mahkamah sesyen Azura Alwi berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tiada keraguan munasabah.

Pihak pendakwaan kini akan meneruskan untuk mengemukakan hukuman sebelum Azura mengumumkan hukuman yang akan dikenakan terhadap Peter, 51.

Peter, selaku pengarah urusan Syarikat Asli Jati ketika itu, didakwa memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan kenyataan palsu dengan niat menggunakannya untuk tujuan penipuan.

Adun Melalap itu didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat setiausaha sulit utama perdana menteri di bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Dalam pada itu, Hakim Azura Alwi telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 ke atas Peter selepas didapati bersalah memalsukan dokumen.

Pada 18 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi memberi keterangan pada prosiding membela diri yang bermula pada 9 Februari lalu.

Pada 14 Disember 2021, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *