HomeUtamaMalaysia Techlympics platform membudayakan sains kehidupan seharian mereka - Yakub

Malaysia Techlympics platform membudayakan sains kehidupan seharian mereka – Yakub

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Malaysia Techlympics mensasarkan sebanyak sejuta penyertaan melibatkan 670,000 pesaing dijangka mampu menghasilkan 2,000 idea untuk dikomersialkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata  Malaysia Techlympics adalah satu inisiatif bagi meningkatkan kemahiran serta pertimbangan saintifik sekali gus meningkatkan kreativiti mereka.

Katanya, ini juga akan membolehkan rakyat Malaysia terutama golongan belia meningkatkan komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis di masa depan.

“Malaysia Techlympics mampu menyediakan satu platform bagi memastikan konsep sains boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.

“Ini membolehkan pelajar meningkatkan kerja praktikal sains dan inovasi mereka, disamping itu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sains, teknologi dan inovasi akan turut meningkat di masa depan,” katanya.

Beiau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Malaysia Techlympics di SK Tobobon di sini kelmarin.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata progam  melibatkan pelajar dan belia berumur antara tujuh hingga 30 tahun dari seluruh negara ini mampu mencapai hasrat kerajaan untuk membudayakan sains serta mengaplikasi teknologi untuk semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Bertemakan “Berhubung, Bersaing, Berjaya” bersama Malaysia Techlympics Keluarga Malaysia, sebanyak 25 pertandingan di bawah lima kategori utama tertumpu kepada 10 bidang berlandaskan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE).

“Bidang ini membabitkan kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro-komputer, nano, internet kebendaan (IoT), robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta pencetakan dan pembangunan tiga dimensi (3D),” katanya.

Yakub berkata, kementeriannya akan meningkatkan usaha bagi memperhebatkan, memupuk dan menggilap bakat dan budaya STIE dalam kalangan industri, akademia, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di negeri ini.

“Selain itu akan memperkasakan bakat STIE yang efektif bagi memacu ekonomi berasaskan inovasi disamping menyediakan satu platform bagi memastikan konsep sains boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yakub mengumumkan peruntukkan RM20,000 bagi penubuhan Sudut Sains dan Inovasi di SK Tobobon sebagai salah satu inisiatif untuk menarik minat pelajar dalam belajar Bidang Sains dan Teknologi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular