HomeIsu tempatanPEDi sedia latihan komprehensif untuk usahawan IKS

PEDi sedia latihan komprehensif untuk usahawan IKS

Read Time:1 Minute, 15 Second

TUARAN : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menyediakan latihan komprehensif kepada golongan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya di negeri ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, peranan PEDi amat penting dalam membantu usahawan mempelajari penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkan.

“Para usahawan didedahkan dan diajar berkaitan dengan kaedah penjualan secara dalam talian melalui platform sedia ada, latihan e-commerce, kaedah menguruskan bayaran dalam talian, cara untuk menggunakan khidmat rider yang disediakan serta banyak lagi.

“Kita dapat melihat selepas usahawan kita hadir mengikuti latihan yang disediakan oleh PEDi, ada antara mereka berjaya meningkatkan hasil jualan mereka daripada RM 2,000 kepada RM 20,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan sesi lawatan ke PEDi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rugading di sini semalam.

Mohammad berkata, pihaknya berharap agar lebih ramai usahawan datang untuk mendapatkan latihan dan khidmat nasihat di PEDi yang disediakan di seluruh Malaysia khususnya di negeri ini.

Sejak mula beroperasi enam tahun lepas, PEDi PPR  Rugading mempunyai seramai 1,355 orang ahli Persatuan Usahawan Digital IKS yang berdaftar dari seluruh Sabah termasuklah dari daerah Semporna dan Lahad Datu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif K-KOMM, Mastura Ahmad Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nizam Arshad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri SKMM, Roslan Mohamad dan Pengarah SKMM Sabah, Izani Othman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular