HomeIsu tempatanIPMB rai sambutan Hari Lautan Sedunia 2022 di UMS

IPMB rai sambutan Hari Lautan Sedunia 2022 di UMS

Read Time:2 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sejak tahun 2012, Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan sambutan Hari Lautan Sedunia atau dikenali sebagai World Ocean Day (WOD) merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi menghargai peranan lautan dalam kehidupan seharian selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melindungi lautan dan menggunakan sumber marin secara mapan.

Hari lautan sedunia ialah hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meraikan peranan lautan dalam kehidupan kita yang disambut di seluruh dunia pada setiap 8 Jun.

Pensyarah IPMB, UMS Dr. Madihah Jafar Sidik @ Jaffar berkata, sepanjang bulan Jun, pelbagai aktiviti kesedaran awam untuk menjaga kelestarian lautan telah dianjurkan oleh IPMB pada setiap tahun. Sambutan Hari Lautan Sedunia 2022 tahun ini adalah bertemakan “Revitalisasi: Tindakan Kolektif untuk Lautan”.

Kumpulan 4: Arca jerung bertemakan “Marine Pollution and Climate Change”.- Foto.ihsan IPMB
Dr Fikri Akmal Khodzori, selaku Pengarah Hari Lautan Sedunia 2022 peringkat UMS, telah merasmikan pelancaran pameran lautan sempena sambutan Hari Laut Sedunia. – Foto.ihsan IPMB
Kumpulan 3: Fenomena kesan perubahan kadar pengasidan lautan divisualisasikan menggunakan model 3-dimensi yang dihasilkan daripada pelbagai bahan terbuang. – Foto ihsan IPMB

‘Pada bulan ini juga, IPMB turut meraikan Hari Segitiga Terumbu Karang pada 9 Jun dan Hari Penyu Sedunia pada 16 Jun setiap tahun.

“Sempena temasya tiga serangkai pada tahun ini, IPMB telah menganjurkan 13 program kesedaran lautan sepanjang Jun 2022. Di antaranya ialah: Siri Bicara Lautan Borneo (7-28 Jun 2022) Pameran Kesihatan Lautan dan Perubahan Iklim (8-30 Jun 2022) Webinar Coral Triangle Day (13 Jun 2022) Program Bersama Komuniti (18-30 Jun 2022) Karbon Biru: Kesedaran ekosistem Rumput Laut (10 Jun 2022) Pembersihan Pantai (15 Jun 2022) Pembersihan Dasar laut (15 Jun 2022) Cabaran Memasak Makanan Laut Secara Maya (8-22 Jun 2022) Pertandingan Seni Pasir (19 Jun 2022) Pertandingan Melukis: Sekolah Menengah (11 Jun 2022) Pertandingan Melukis: Sekolah rendah (10 Jun 2022) Pertandingan Bercerita secara Maya (8-22 Jun 2022) Cabaran Video Ekosistem Rumput Laut (8-22 Jun 2022) Maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti tersebut boleh didapati di laman facebook Institut Penyelidikan Marin Borneo.

Dalam pada itu, pembukaan tirai sambutan Hari Lautan Sedunia 2022 dimulakan dengan program pameran bertemakan “Ocean Health and Climate Change’.

Pameran ini berlangsung di Akuarium & Muzium Marin, UMS pada 8 Jun lalu. Pameran sempena sambutan Hari Laut Sedunia 2022 telah disertai oleh pelajar tahun dua Sains Marin di bawah bimbingan Dr. Madihah dan Dr. Chong Wei Sheng.

Menurut Dr Madihah, seramai 49 orang pelajar telah membina lima buah arca simbolik mengenai status semasa keadaan lautan rentetan dari kesan perubahan iklim.

“Keunikan pameran ini adalah arca dan model tersebut dibina menggunakan barang-barang buangan seperti botol minuman plastik yang dikutip oleh pelajar-pelajar tersebut di kawasan Pantai Outdoor Development Centre (ODEC), UMS. Dengan kata lain, mengubah barang buangan dan sampah sarap menjadi sebuah seni yang menarik, di samping menyampaikan kiasan di sebalik arca dan model yang dihasilkan,” kata Madihah dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, objektif utama pameran ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada sikap kesukarelawanan dan memupuk budaya kerja berpasukan dalam program kesedaran alam sekitar selaras dengan silibus pembelajaran program Sains Marin.

Sementara itu, majlis pelancaran pameran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Hari Lautan Sedunia 2022 peringkat UMS, Dr Fikri Akmal Khodzori.

Dr Fikri dalam ucapan pelancarannya berkata, tujuan sambutan Hari Lautan sedunia ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kesan tingkahlaku manusia terhadap kelestarian lautan, serta mencetus kesedaran warga dunia untuk memelihara lautan.

“Di samping itu, sambutan ini juga dapat menggerakkan dan menyatukan penduduk dunia terhadap aktiviti-aktiviti pengurusan mampan dan melestarikan biodiversiti lautan seantero dunia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular