HomeUtamaMATA Aerotech Beri Taklimat kepada KSTI, manfaat teknologi dron dalam pertanian...

MATA Aerotech Beri Taklimat kepada KSTI, manfaat teknologi dron dalam pertanian dan perladangan pintar di Sabah

Read Time:3 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU:  Penggunaan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron untuk aktiviti pertanian dan perladangan pintar dilihat dapat membantu pengeluaran hasil tanaman secara optimum selain dapat meningkatkan pendapatan para pengusaha bidang pertanian di negara ini. 

Rombongan MATA Aerotech Group diketuai oleh Ketua Eksekutifnya Wan Azrain Adnan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan di pejabatnya di Wisma Bandaraya, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Urusan Malbumi Group, Datuk Edward Ang, Setiausaha Tetap KSTI Zainuddin Aman serta pegawai-pegawai KSTI.

Yakub (duduk kanan) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan MATA Aerotech Group selepas sesi taklimat di pejabat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Wan Azrain turut memberi taklimat mengenai aplikasi teknologi dron untuk Model Pertanian Pintar di Sabah kepada Yakub.

Sementara, Yakub memberi maklumbalas positif terhadap pembentangan teknologi dron yang dijelaskan dan beliau turut mengharapkan Kerajaan Sabah mengambil peluang ini untuk manfaat kepada rakyat Sabah khususnya, selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam meningkatkan ekonomi dan modal insan di negeri ini.

MATA Aerotech Group ialah organisasi teknologi dron yang merangkumi MATA Aerotech, EM Drone Services dan Dronexcel.

MATA Aerotech juga merupakan syarikat usaha sama di antara syarikat Malaysia dan Taiwan, iaitu Nexus Union dan GEOSAT Aerospace & Technology Inc. 

Nexus Union merupakan sebuah syarikat 100 peratus milik anak jati Sabah, yang di daftarkan di Sabah.

Menurut Wan Azrain, penubuhan MATA Aerotech adalah hasil daripada pemadanan perniagaan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan, melalui Industrial Development Bureau (IDB) Taiwan dan Institute For Information Industry (III) Taiwan.

“MATA Aerotech Group telah menggunakan teknologi dron untuk sektor pertanian di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Model Pertanian Pintar adalah selaras dengan agenda IR 4.0 untuk meningkatkan penggunaan teknologi di dalam sektor pertanian negara, untuk meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani,” katanya.

Jelas Wan Azrain lagi, MATA Aerotech terpanggil dengan seruan Kerajaan Negeri Sabah iaitu hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya menggariskan tiga teras utama. Seperti dijelaskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ialah sektor utama ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, diikuti kedua modal insan dan kesejahteraan rakyat, dan ketiga jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau” katanya.

Wan Azrain turut menjelaskan, aplikasi teknologi dron digunakan untuk aktiviti semburan pertanian bagi menggantikan cara manual atau tradisional yang melibatkan bilangan pekerja yang tinggi dan sangat memakan masa. 

Justeru, penggunaan teknologi dron ini membolehkan tenaga kerja manusia digunakan untuk aktiviti yang lebih produktif dan pantas. 

Malah jelas Wan Azrain lagi, penyemburan pertanian atau perladangan menggunakan teknologi dron adalah lebih seragam dan berkesan serta menyumbang kepada kurang pembaziran bahan semburan. Ia juga akan mengurangkan tenaga kerja manusia sekaligus menjaga kualiti alam sekitar serta mengurangkan pendedahan manusia kepada bahan penyemburan yang berbahaya.

Selain itu, MATA Aerotech juga ada menggunakan teknologi dron dan Artificial Intelligence (AI) untuk menjalankan analisis data bagi memantau pertumbuhan dan kesihatan tanaman. Analisis data yang pantas dan tepat akan membantu sektor pertanian atau perladangan untuk menambah baik pengurusan dan operasi ladang mereka.

Analisis data ini merupakan langkah pertama ke arah Pertanian Ketepatan, yang melibatkan penyemburan tanaman yang disasarkan pada kawasan ladang atau pertanian yang bermasalah dan dijangkiti.

Dari sudut pembangunan modal insan, MATA Aerotech berhasrat untuk melaksanakan Aviator Training Programme (ATP) di Sabah untuk melatih bakat muda Sabah untuk menjadi juruterbang dron. Sehingga kini, MATA Aerotech telah berjaya melatih hampir 50 orang juruterbang dron, termasuklah tiga bakat muda dari Kinabatangan, Sabah.

Ketiga-tiga mereka kini bekerja sebagai juruterbang dron di EM Drone Services, iaitu sebuah syarikat dron di bawah MATA Aerotech Group. EM Drone ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan dron di Sabah, yang diterajui oleh bakat muda Sabah.

ATP ialah program latihan selama 3 bulan yang menggabungkan pembelajaran dalam kelas dan latihan praktikal semasa bekerja. Pelatih yang dapat menamatkan program ATP dengan baik berpeluang untuk bekerja sebagai juruterbang dron di Kumpulan MATA Aerotech, termasuklah EM Drone Services.

Oleh kerana MATA Aerotech Group ketika ini fokus kepada penggunaan dron di dalam sektor pertanian, maka ini dapat menjana minat bakat muda di Sabah untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian dan dapat membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya