HomeIsu tempatanBakar rumah sendiri selepas gaduh dengan isteri 

Bakar rumah sendiri selepas gaduh dengan isteri 

Read Time:1 Minute, 7 Second

KENINGAU — perselisihan faham dengan isteri,menyebabkan seorang lelaki hampir kehilangan nyawa apabila dia bertindak membakar rumahnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong di Keningau, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 62 tahun melecur di bahagian badan ketika sedang menyalakan api berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 10.36 malam dan seterusnya memaklumkan kepada bomba.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan mengalami kecederaan dan menurut saksi, badan mangsa melecur ketika sedang menyalakan api.

“Mangsa melecur di bahagian badan sebanyak 40 peratus manakala isteri mangsa selamat kerana tidak berada di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu rumahnya musnah dijilat api selain sebuah kenderaan rosak.

Nor Rafidah berkata, kes masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih belum diketahui.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Tambunan dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 21 kilometer.

“Sebaik tiba, sebuah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar 100 peratus dan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max terbakar 30 peratus.

“Jentera bomba mengalami kesukaran untuk ke lokasi mangsa kerana laluan sempit dan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh dua kilometer dari jalan besar untuk ke lokasi,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular