HomeIsu tempatanSPM 2021 : Kuala Penyu ungguli GPD Sabah

SPM 2021 : Kuala Penyu ungguli GPD Sabah

Read Time:2 Minute, 9 Second

KUALA PENYU : Buat julung kalinya daerah Kuala Penyu berjaya menggungguli tangga teratas pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 meskipun bertaraf luar bandar.

Dengan mencatatkan GPD 4.87, Kuala Penyu mengatasi pencapaian sekolah-sekolah di bandar seperti Penampang (4.93) dan Kota Kinabalu (4.93) serta Tawau (5.11) yang masing-masing berada di tangga kedua, ketiga dan keempat berbanding 24 daerah seluruh Sabah.

Pegawai Pendidikan Daerah, Suntik Tuin berkata, pencapaian itu disumbangkan oleh kejayaan para pelajar cemerlang, ibu bapa serta guru di samping peranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury menerusi Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ).

“Kejayaan ini adalah sumbangan besar guru-guru dan ibu bapa terhadap pencapaian cemerlang para pelajar SPM 2021 dan juga sumbangan besar YPLJ yang menyediakan komputer riba kepada pelajar semasa pembelajaran PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Mereka inilah sebenarnya menjadi adiwira kepada pencapaian terbaik 14 orang pelajar cemerlang pada SPM tahun lepas.  Malah, saya juga selalu berpesan kepada para pelajar supaya mereka hanya perlu fokus untuk belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Dana Pendidikan Limus Jury di sini semalam.

Suntik berkata, pihaknya turut mengingatkan para pelajar agar tidak memikirkan soal perbelanjaan bagi melanjutkan pelajaran kerana daerah ini mempunyai dana yang disalurkan YPLJ dan sering dicemburui di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lain.

Katanya, pihaknya turut berharap agar sumbangan yang disalurkan YPLJ akan turut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar.

Sementara itu, seorang pesara, Misol Anggang, 57, dari Kampung Janang berkata, keprihatinan Limus melalui YPLJ banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan khususnya anak-anak tempatan.

“Saya sangat bersyukur dan terima kasih banyak kepada Datuk Limus Jury kerana telah memberi sumbangan set komputer riba dan cek RM2,000 untuk tiket penerbangan kepada anak saya,” katanya ketika menemani anak sulung, Brenda Misol, 21, mahasiswa tahun kedua kursus komunikasi yang akan bertolak ke Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, Oktober depan. 

Yayasan berkenaan yang diilhamkan oleh Limus sendiri ditubuhkan pada tahun 2013 dan sehingga kini telah membantu lebih 3,000 pelajar dalam bentuk set komputer riba serta bantuan one-off RM1,500 hingga RM2,500 untuk tiket penerbangan ke Semenanjung Malaysia dan perbelanjaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pada Sabtu, Limus menyempurnakan penyerahan dana kepada 50 pelajar yang melanjutkan pelajaran, set komputer riba kepada 100 pelajar, selain penyampaian dana RM30,000 untuk Tabung PIBG Sekolah kepada Suntik dan dana RM20,000 untuk Majlis Guru Besar kepada Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah, Nordin Tuin diiringi Pegawai Daerah, Sebastian Ingkim di Dewan Shahbandar Makang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Beliawanis Gagasan Rakyat digesa lebih aktif laksana program berbentuk ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular