HomeIsu tempatanPenganjuran program KKP tingkat budaya kerja selamat,sihat

Penganjuran program KKP tingkat budaya kerja selamat,sihat

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU:  Pihak pengurusan universiti sentiasa mengadakan program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi memastikan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata,  ia sebagai usaha pengurangan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan di UMS, sekali gus di peringkat nasional.

“Tahun ini dunia bukan sahaja masih berdepan dengan pandemik COVID-19, bahkan bencana alam yang telah berlaku di beberapa tempat di negara ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.

“Justeru, pihak universiti akan terus memperkasakan pelan kesiapsiagaan dan tindakan kecemasan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana di universiti ini,” katanya.

Taufiq berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Sedunia Peringkat UMS tahun 2022 dan Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS, di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Hadir sama, Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar, Pengarah PKKP UMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, dan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) merangkap penganjur bersama Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree.

Menurut Taufiq, UMS berpotensi menjadi model untuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat, dan ini akan menjadi contoh kepada Institusi Pengajian Tinggi dan lain di Malaysia untuk melaksanakan OSH Management System.

“Usaha gigih kakitangan PKKP dengan kerjasama semua warga UMS telah meningkatkan kesedaran warga UMS tentang kepentingan KKP dalam aktiviti seharian.

“Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada PKKP atas segala pencapaian cemerlang dalam merealisasikan pembudayaan kerja selamat dan sihat di UMS.

“Harapan saya, PKKP terus maju dan cemerlang setanding dengan pemain industri KKP di peringkat nasional dan seterusnya di peringkat dunia,” katanya.

Untuk rekod, antara pencapaian cemerlang PKKP adalah menjadikan UMS salah sebuah universiti awam yang menerima pengiktirafan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertaraf antarabangsa bagi standard OH-SAS 18001:2008 dan MS 1722:2011 sejak tahun 2015, seterusnya migrasi kepada standard ISO45001:2018 pada tahun 2021.

Turut hadir, Pengerusi bersama jawatankuasa pelaksana Prof. Madya Dr. Sahipudin Saupin, dan wakil jawatankuasa teknikal dan badan penasihat KKP UMS Prof. Dr. Mohd Dahlan A. Malek.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya