HomeIsu tempatan4 cedera terkena letupan alat memasak steamboat

4 cedera terkena letupan alat memasak steamboat

Read Time:56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Empat orang cedera termasuk dua kanak-kanak selepas terkena letupan alat memasak steamboat dalam satu kejadian di Restoran Bu Zainah Conner, Alam Mesra dekat sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.06 malam tadi (19 Jun).

Katanya, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikerah ke lokasi kejadian dan setibanya di sana mendapati satu kejadian melibatkan letupan alat memasak steamboat.

“Terdapat empat orang mangsa dilaporkan cedera dilokasi kejadian termasuk dua orang kanak-kanak yang cedera telah dihantar oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan Bomba tiba.

Salah seorang mangsa yang diberi rawatan awal oleh pihak KKM dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan JBPM

“Manakala dua orang lagi mangsa dewasa diberi rawatan awal oleh pihak pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dan kemudian dihantar ke hospital menggunakan Ambulan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, pasukan Bomba bertindak melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 9.41 malam tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya