HomeUtamaGraduan hidap kanser tahap empat cekal teruskan pengajian

Graduan hidap kanser tahap empat cekal teruskan pengajian

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Meskipun disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat selain berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menjadi halangan bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi) untuk menamatkan pengajian.

Segala penat lelah Rosdy Latip,44, itu membuahkan hasil apabila namanya dipanggil ke pentas bagi menerima Ijazah yang disampaikan Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23 di Dewan Canselori di sini semalam.

Beliau memulakan pengajian di Pusat Luar UMS (PLUMS) pada 2016 dan disahkan menghidap kanser tiriod tiga tahun kemudian namun bertekad untuk tidak menangguhkan pengajian seterusnya tamat dalam tempoh lima tahun.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian kali ini seterusnya mengikuti majlis konvokesyen.  Meskipun disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat namun saya bertekad untuk meneruskan pengajian ini.

“Jika ditanya mengenai cabaran, sememangnya terlalu banyak cabaran saya hadapi termasuklah pergi membuat rawatan, hadir ke peperiksaan dan cabaran terbesar saya adalah pada 2020 dimana saya kehilangan ayah sehari sebelum menduduki peperiksaan,” katanya ketika di temui di sini semalam.

Ayah kepada dua orang anak yang berstatus OKU kategori fizikal itu kini terpaksa menggunakan tongkat untuk melakukan pergerakan aktiviti harian.

Beliau juga kini masih menjalani rawatan susulan dari segi ubat-ubatan yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM16,000 sebulan.

“Ketika saya disahkan menghidap kanser pada 2019, saya telah menjalani pembedahan dimana pada ketika itu saya telah diberi cuti khas selama dua tahun.

“Dalam tempoh itu juga saya berjaya membahagikan masa untuk belajar, rawatan selain mengikuti pengajian dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Rosdy turut bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan UMS sepanjang pengajiannya.

“Saya amat berterima kasih kerana banyak bantuan yang diberikan oleh pihak UMS termasuk ketika saya berjuang dengan penyakit kanser ini.

“UMS banyak memberi keutamaan kepada golongan OKU serta kebajikan pelajar turut terjaga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya