HomeIsu tempatanKayuhan santai budayakan gaya hidup sihat

Kayuhan santai budayakan gaya hidup sihat

Read Time:1 Minute, 4 Second

PUTATAN : Penganjuran Program Kayuhan Santai yang dilaksanakan khususnya pada hujung minggu diyakini mampu membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, aktiviti itu turut bertujuan untuk meneruskan lagi budaya sihat selain memupuk kerjasama antara peserta yang menyertai.

“Selaras dengan pembukaan fasa endemik, kita ingin melihat rakyat kembali melakukan aktiviti di luar daripada rumah dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

“Melihat kehadiran peserta, membuktikan masyarakat  sedar kepentingan menjaga kesihatan melalui sukan dan riadah secara fizikal, selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kayuhan Santai Keluarga Sabah Maju Jaya, Keluarga Malaysia Putatan di Perkarangan Luar Dewan Sri Putatan, di sini semalam.

Shahelmey berharap program seumpama itu akan dapat diteruskan demi membudayakan gaya hidup sihat selain memupuk budaya bekerjasama dan menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat.

Program tersebut yang dianjurkan bersama Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Putatan dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Putatan disertai lebih 100 orang.

Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohamad Taib, Ketua Daerah Putatan, Datuk OKK Dahli Matsin dan Pengerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah, Zahara Saini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya