HomeIsu tempatanMaritim Malaysia rampas 900 gram syabu

Maritim Malaysia rampas 900 gram syabu

Read Time:55 Second

LABUAN:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas satu bungkusan dadah disyaki jenis syabu dianggarkan seberat 900 gram selepas menahan sebuah bot gentian di perairan Menumbok di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam itu, pihaknya telah mengesan sebuah bot sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik dihampiri, bot terbabit bertindak memecut laju melarikan diri menuju ke kawasan Tanjung Kelias, Menumbok.

“Suspek berjaya meloloskan diri namun hasil pencarian di kawasan sekitar menemui sebuah bot gentian kaca yang ditinggalkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, hasil penggeledahan berjaya menemui dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat lebih kurang 900 gram disembunyikan di dalam bot terbabit.

Katanya, dadah beserta bot gentian kaca itu dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

“Semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM50,000 dan kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Usaha mengesan pemilik serta dalang yang terlibat akan dijalankan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan hukuman sewajarnya,” katanya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini boleh salurkan maklumat kepada 087-427999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya