PIBG Maktab Sabah mahu realisasikan elemen kemenjadian murid, sekolah berkualiti

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah berhasrat mahu merealisasikan elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dilaksanakan disekolah berkenaan.

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah Mohamad Arif Tun Sakaran berkata, pengalaman dan hubungan baik dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain turut dilantik sebagai Focal Person Kebangsaan KPM akan digunakan sebaiknya bagi mencapai hasrat tersebut.

Katanya, hasrat ini juga perlu mendapat kerjasama semua pihak khususnya dikalangan ibu bapa dan guru.

“Selain itu, saya bersama kepimpinan PIBG yang baharu juga berhasrat untuk membantu sekolah dalam menyediakan persekitaran dan kemudahan pembelajaran yang menyeronokkan seiring dengan kemajuan digital agar murid-murid mendapat manfaat khususnya di dalam bilik darjah.

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah Mohamad Arif Tun Sakaran

“Saya juga ingin membantu dari segi keperluan pentadbir dan guru-guru dengan kerjasama serta sokongan daripada ibu bapa dan komuniti agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid dalam semua bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah yang baharu bagi menggantikan Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dalam pemilihan Mesyuarat Agung PIBG Maktab Sabah Tahun 2022 yang  diadakan di sini baru-baru ini.

Mohamad Arif berkata, beliau juga bersedia untuk meneruskan perancangan dan usaha pihak sekolah serta jawatankuasa PIBG terdahulu mengikut keperluan dan keutamaan secara berperingkat melalui permuafakatan.

“Saya juga akan sentiasa bekerjasama dan mendapatkan pendapat serta pandangan daripada mantan YDP PIBG Maktab Sabah iaitu Datuk Fatimah Shara dalam penambahbaikan untuk kebaikan Maktab Sabah kerana beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dan sangat memahami perjalanan di sekolah ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *