HomeUtamaCabul - Polis sahkan siasat pegawai exco Negeri Sembilan

Cabul – Polis sahkan siasat pegawai exco Negeri Sembilan

Read Time:42 Second

CYBERJAYA — Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada seorang exco di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata laporan diterima daripada wanita itu awal bulan ini dengan kejadian didakwa berlaku di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu.

Katanya, polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk memanggil saksi bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

“Pada 3 Julai lalu, polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa dicabul di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu oleh seorang lelaki Lapor Portal FMT

“Siasatan akan dilakukan membabitkan pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda atau sebatan atau kedua-keduanya sekali.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya