HomeIsu tempatanPASIS bantu perkasakan kebudayaan, kesenian masyarakat Iranun

PASIS bantu perkasakan kebudayaan, kesenian masyarakat Iranun

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Anak Seni Iranun Sabah (PASIS) diharap dapat membantu memperkasakan lagi kebudayaan dan kesenian masyarakat Iranun di negeri ini.

Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud, Datuk Japlin Akim, berkata persatuan itu mampu untuk mengetengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat iranun yang masih belum diketahui ramai.

“Walaupun masyarakat minoriti, Iranun memiliki kepelbagaian budaya yang menarik dan unik, sekali gus perlu dikembangkan.

“Dalam dunia moden, kita mudah mengetengahkan budaya dan seni yang ada seperti tarian, pakaian dan makanan unik. Iranun juga terkenal dengan seni silat ‘spring’.

“Semua ini perlu ditonjol, diperkasa dan diketengahkan,” katanya semasa kunjungan hormat persatuan tersebut di Kota Kinabalu semalam.

Hadir sama Presiden Pasis, Ramilkan Adsin;Timbalannya, Josman @ Muli Adurug; Setiausaha Mohd Hafiz Ramsah dan Javil Saidan (Kebajikan).

Terdahulu, Ramilkan berkata, PASIS kini mempunyai 100 ahli dan tumpuan utama penubuhannya ialah untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Iranun. PASIS ditubuhkan pada 1 Januari 2019 bukan untuk bersaing dengan Persatuan Iranun lain tetapi bersama memartabatkan kesenian dan kebudayaan masyarakat itu.

Beliau berkata, objektif kunjungan tersebut adalah untuk merancang pelbagai program dan aktiviti persatuan sambil bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan ekonomi persatuan itu.

“PASIS juga turut perbanyakkan lagu-lagu Iranun terutama untuk menghasilkan lagu berbentuk Karaoke seperti yang termaktub dalam salah satu matlamat PASIS, setakat ini kita sudah cipta sejarah apabila berjaya membuat video klip bersama karaoke.

“Kami juga sekarang ini turut mencari peluang dan ruang bukan sahaja menjurus pada seni suara, tapi juga seni lain seperti seni lakon, seni tari, seni kraf dan beberapa lagi yang merupakan cabang kumpulan seni dalam persatuan ini. PASIS sememangnya komited dalam usaha untuk memartabatkan lagi kesenian dan kebudayaan masyarakat Iranun,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular