HomeUtamaPolis Tahan lelaki berkaitan video hina agama

Polis Tahan lelaki berkaitan video hina agama

Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki yang didakwa keterlaluan mempersenda dan menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong pada jam 12.30 tengah hari tadi.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lapor berita harian.

Dalam pada itu, katanya polis juga akan menjalankan siasatan terhadap individu yang dipercayai memukul suspek berikutan rasa tidak puas hati dengan tindakannya menghina agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 35 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, tular juga beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan cedera pada muka dan beberapa bahagian tubuh badan dipercayai dipukul oleh beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

RELATED ARTICLES
Utama

China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular