HomeUtamaMRT3, Lebuhraya Pan Borneo diteruskan, 30 projek ditangguh - Mustapha Mohamed

MRT3, Lebuhraya Pan Borneo diteruskan, 30 projek ditangguh – Mustapha Mohamed

Read Time:1 Minute, 3 Second

PARLIMEN — Kerajaan memberi jaminan bahawa projek mega seperti projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dibatalkan, sebaliknya akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata kerajaan mengenalpasti hanya 30 projek yang tidak diteruskan pada tahun ini.

“Projek seperti MRT3 akan diteruskan, termasuklah ECRL dan Lebuhraya Pan Borneo. Jadi yang ditangguhkan adalah projek baharu yang belum dimulakan dan belum diiklankan.

“Kita telah kenal pasti 30 projek yang melibatkan kos lebih RM100 juta, kecil sahaja bilangannya,” katanya ketika menjawab dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang mahu kerajaan menyatakan perancangan kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek baharu, serta menamakan projek tersebut dengan kos yang dijimatkan.

Dalam pada itu, Mustapa berkata kerajaan menerusi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah memberikan jaminan bahawa 50% daripada peruntukan pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-14 (RMK14) akan disalurkan kepada negeri-negeri kurang membangun.

Beliau berkata penjimatan kepada penangguhan projek itu boleh digunakan untuk membiayai sebahagian daripada peningkatan lebih RM40 bilion pemberian subsidi kepada rakyat.

“Daripada RM30 bilion yang dimasukkan dalam anggaran Belanjawan naik kepada RM77 bilion, ia peningkatan yang amat ketara.

“Sebab itu kerajaan perlu melihat semula perbelanjaan mengurus dan sebahagian kecil daripada perbelanjaan pembangunan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya