HomeUtama40 pelajar bakal menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah

40 pelajar bakal menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Seramai 40 orang pelajar akan menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) yang merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, penerima adalah terdiri dari pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Katanya, penganugerahan itu diharap akan dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam akademik yang lebih tinggi.

“Anugerah ini adalah untuk meraikan pencapaian para pelajar hasil dari kerja keras mereka selama ini.  Sudah tentu KYS akan terus membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

“Pelajar-pelajar ini akan mengikuti pelbagai kursus dan bidang pengajian terpilih bagi keperluan negeri dan prospek kerjaya peribadi,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sempena penganjuran ABCNS yang diberikan kepada para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ABCNS kali ke-33 akan berlangsung Selasa ini bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha dan dijangka akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Gulamhaidar berkata, pihaknya yakin para penerima anugerah tersebut akan meraih faedah hasil daripada program itu sambil memberi sumbangan kepada negeri Sabah pada masa akan datang.

“Komitmen KYS ke arah kecemerlangan pendidikan, dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar Sabah, adalah sinonim dengan kewujudan Kumpulan Yayasan Sabah itu sendiri khususnya dalam program sosial Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya.

Tambahnya, KYS menyedari pentingnya pendidikan berkualiti tinggi dalam mendorong pertumbuhan negeri ini dan turut memuji Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan hasil pendidikan dalam membina tenaga kerja yang kompetitif dan berpendapatan tinggi.

“Kami percaya bahawa kejayaan masa depan seseorang bermula dengan pelaburan yang dilakukan dalam pendidikan hari ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular