HomeIsu tempatanKes COVID-19 di Sabah kembali 3 angka

Kes COVID-19 di Sabah kembali 3 angka

Read Time:1 Minute, 22 Second

 Sabah kembali mencatat tiga angka kes baharu positif COVID-19 dengan 132 kes dilaporkan hari ini selepas pertama kali mencatat dua angka, semalam.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata peningkatan sebanyak 35 kes daripada 97 kes yang dilaporkan semalam itu berpunca daripada pertambahan kes baharu daripada kluster baharu dan sedia ada.

Katanya, kluster sedia ada di Kota Kinabalu, iaitu Kluster Jalan Tiga Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) menyumbang sebanyak 39 kes pada hari ini.

“Pada hari ini, dua kluster baharu turut dilaporkan iaitu Kluster Simpang Tiga yang merangkumi daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Pitas.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Satu lagi ialah Kluster Jalan Apas Empat di Tawau dan Kalabakan,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19 Sabah, di sini, malam ini.

Kluster Simpang Tiga yang mencatat satu kes baharu dengan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes berpunca daripada seorang pekerja di sebuah agensi mikro kredit di Matunggong, Kudat yang tinggal di Kota Belud.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata kes indeks dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Kota Belud pada 6 Februari dan hasil saringan kontak rapat mendapati 24 lagi kes positif COVID-19 dikesan.

“Bagi Kluster Jalan Apas Empat, kes indeks adalah seorang pekerja di sebuah syarikat makanan laut yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan Pertubuhan Keaelamatan Sosial (PERKESO) pada 2 Februari.

“Hasil saringan kontak rapat, sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19 dikesan. Aktiviti pengesanan masih giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, daerah dalam zon kuning di Sabah bertambah kepada tujuh hari ini berbanding lima daerah semalam, manakala enam daerah berada dalam zon jingga.

Setakat hari ini, sebanyak 14 daerah di Sabah masih berada dalam zon merah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya