HomeUtamaTimbul kekeliruan, kelemahan komunikasi punca tersalah beri ubat

Timbul kekeliruan, kelemahan komunikasi punca tersalah beri ubat

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memastikan pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman mendapat latihan merawat pesakit termasuk komunikasi berkesan secara berkala.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ini selepas pihaknya menerima aduan berhubung pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Sahabat Lahad Datu.

Katanya, berdasarkan siasatan, pegawai perubatan yang bertugas telah melihat buku rawatan yang dibawa pesakit ke klinik berkenaan dan mendapati pesakit mempunyai rekod diberi ubat kencing manis sebelum ini.

“JKNS mengesyaki buku rawatan yang dibawa pesakit telah bercampur dengan buku rawatan isteri kepada pesakit.

“Ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pegawai perubatan berkenaan yang meneruskan pemberian ubat kencing manis kepada pesakit. Mengikut rekod pesakit mempunyai sejarah perubatan penyakit darah tinggi dan pembengkakan kelenjar prostat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pihak jabatan mendapati terdapat kelemahan komunikasi di antara pegawai perubatan yang memberi rawatan dengan pesakit berkenaan.

Katanya, pegawai perubatan berkenaan perlu memberikan penerangan kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang status penyakit yang dihidapi pesakit dan jenis ubat yang diberikan.

“Sekiranya penerangan dilaksanakan sudah tentu kekeliruan dapat dielakkan. Sehubungan itu, JKNS akan memastikan pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di Sabah, terutama di kawasan pedalaman mendapat latihan merawat pesakit termasuk komunikasi berkesan secara berkala.

“Pihak JKNS prihatin mengenai isu ini dan memohon maaf kepada keluarga pesakit diatas kesulitan yang dihadapi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular