HomeUtamaLebih peka, sayangi Jalur Gemilang - Yakub

Lebih peka, sayangi Jalur Gemilang – Yakub

Read Time:1 Minute, 41 Second

SEPANGGAR : Masyarakat khususnya di negeri ini diseru untuk lebih peka dan sayang terhadap Jalur Gemilang yang ada dipersekitaran.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ini termasuklah mengambil inisiatif untuk membeli atau menukar Jalur Gemilang kepada yang baharu sekiranya telah lusuh atau koyak.

“Sekiranya ada ternampak Jalur Gemilang yang telah lusuh atau koyak, ambillah inisiatif untuk membeli dan menukarkannya dengan yang baharu atau maklumkan kepada pemilik premis agar Jalur Gemilang tersebut dapat diturunkan dan digantikan dengan yang baharu.

“Marilah kita bertekad untuk menerap mentaliti dan menyuntik sikap peduli dalam kalangan masyarakat kita, agar mereka memandang tinggi dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang gah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Sabah Peringkat Daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, masyarakat juga diingatkan untuk tidakmengambil mudah dalam perihal menjaga martabat dan identiti serta imej negara.

Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama memelihara perpaduan yang telah terbina agar ianya dapat membentuk sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

“Maka didiklah anak-anak kita akan pentingannya semangat cinta dan sayangkan negara, bukan sahaja kepada generasi masa kini, tetapi juga kepada generasi-genarasi yang akan datang.

“Saya juga ingin menyeru untuk kita bersama-sama dalam mempertingkatkan semangat cintakan Negara Malaysia, dengan terus mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja anda berada,” katanya.

Terdahulu, KMKM Sabah 2022 itu telah diadakan selama 10 hari bermula 9 Ogos lalu dan berakhir semalam.

Program yang disertai seramai 50 peserta itu melibatkan 17 buah kenderaan dari beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Sebanyak 43 checkpoint daripada 25 daerah menjadi persinggahan peserta KMKM Sabah 2022 melibatkan jarak 2,150 kilometer.

Antara agensi yang terlibat dalam konvoi itu adalah Jabatan Penerangan Sabah; Radio Televisyen Malaysia (RTM); Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS); Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Berita Nasional Malaysia (BERNAMA); Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular