HomeUtama750 PATI Filipina diusir keluar

750 PATI Filipina diusir keluar

Read Time:1 Minute, 25 Second

SANDAKAN : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengusir seramai 750 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini hari ini.

Semua PATI yang dihantar ke negara asal itu adalah berusia lingkungan satu hingga 88 tahun.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, semua PATI warga Filipina itu sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Tawau; Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu sejak tahun 2020.

Katanya, Program Pengusiran Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin berkenaan akan menggunakan jalan laut.

“Tahanan yang diusir pada kali ini membabitkan tahanan lelaki seramai 638 orang, perempuan 81 orang, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah seramai 30 orang dan kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah adalah seorang.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing.

“Bagi tempoh tahun ini, JIM Sabah mengusir seramai 1,519 orang PATI melibatkan pelbagai warganegara di seluruh Sabah yang terdiri daripada tiga jenis pengusiran iaitu pengusiran melalui udara, laut dan darat,” katanya dalam sidang media di Pelabuhan Sandakan, di sini hari ini.

Menurutnya, bermula 1 Januari 2022 sehingga 29 Ogos 2022, JIM Sabah berjaya melaksanakan program pengusiran sebanyak 67 kali.

“Dalam tempoh tersebut seramai 332 orang diusir melalui udara dan 1,186 pengusiran lagi adalah melalui jalan laut dan seorang menggunakan jalan darat.

“Proses pengusiran tahanan di semua Depot Imigresen di Negeri Sabah tertangguh sebelum ini berikutan negara-negara asal tahanan memberikan alasan negara mereka sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19,” katanya.

Katanya,program pengusiran akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Ketika ini terdapat 6,200 tahanan di semua depot di negeri ini. Justeru program pengusiran akan diteruskan sehingga semua tahanan berkenaan dihantar pulang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular