HomeUtamaKes indeks jenayah siber tunjuk peningkatan sejak 2016

Kes indeks jenayah siber tunjuk peningkatan sejak 2016

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Kes indeks jenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara sejak 2016 dan ia menjadi antara kerisauan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, amalan penghayatan rukun negara dalam kehidupan seharian mampu membantu negara mengurangkan kadar kes jenayah siber.

Katanya, nilai-nilai rukun negara yang diterjemahkan dalam setiap individu mampu memberikan impak yang berkesan kepada keselamatan dalam negara.

“Justeru itu, jika seorang individu itu faham kepada maksud rukun negara, maka dia tidak akan melakukan jenayah siber buli, dia akan menggunakan siber secara berhemah.

“Menghayati rukun negara, itu yang saya mahu. Kalau orang sudah faham betul rukun negara dia tidak akan melakukan siber buli ini kerana dia bersopan.  Kesopanan dan kesusilaan ini maka dia akan melakukan secara yang berhemah.

“Kalau dia marah dengan orang pun dia boleh lakukan secara berhemah, tidak melakukan fitnah. Apabila dia percaya tuhan bermakna dia akan melakukan sesuatu yang positif, bila dia taat kepada raja dan juga negara maknanya dia tahu kalau dia melakukan satu kesalahan adalah kerana dia seorang yang tidak taat kepada negara dan dia kena faham bahawa kita ada perlembagaan, kita ada undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi Townhall bersama Menteri Dalam Negeri sempena Program Kita Demi Negara di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini hari ini.  Program itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam sesi Townhall sebelum itu, Hamzah berkata, kes indeks jenayah siber di negara ini telah meningkat bermula 2016 iaitu daripada 39 peratus kepada 61 peratus yang direkodkan sehingga Julai tahun ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kerjasama erat pelbagai pihak khususnya melibatkan agensi keselamatan antarabangsa berupaya memastikan perkara tidak diingini seperti penculikan dapat ditangani dengan sebaiknya.

“Segala isu melibatkan penculikan, apa sahaja yang melibatkan keselamatan, kita bertanggungjawab, tetapi kita tidak boleh dedahkan kepada umum.  Sebagai contoh baru-baru ini kejadian yang berlaku di Kota Bharu, mangsa dapat dibawa balik ke negara kita.

“Jadi banyak perkara yang kita lakukan tidak perlu didedahkan, kita akan lakukan dengan sebaiknya.  Percayalah bahawa polis mempunyai sahabat-sahabat dan bekerjasama diluar sana, contohnya seperti Interpol.

“Selain itu, banyak lagi agensi dan juga negara-negara yang telah menandatangani untuk bekerjasama dengan kita, kita akan cari jalan sekiranya perkara seperti ini berlaku, kita akan cuba pastikan untuk bawa mereka balik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular