HomeUtamaBajet 2023 : Beri manfaat semua golongan, laksana sepenuhnya tahun hadapan

Bajet 2023 : Beri manfaat semua golongan, laksana sepenuhnya tahun hadapan

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam disifatkan sebagai satu bajet yang prihatin dan menyeluruh kepada semua golongan Keluarga Malaysia.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah yang diperuntukkan menerusi Bajet 2023 itu diharap akan dapat diguna pakai dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

“Sebagaimana yang kita alami pada tahun ini, peruntukkan pembangunan mungkin tidak dapat digunapakai dalam jumlah yang begitu tinggi.

“Mungkin disebabkan oleh pelaksanaan yang berdepan dengan pelbagai halangan.  Jadi kita minta agar pelaksanaannya dilaksanakan secara efisyen, efektif dan mengoptimakan peruntukan yang diberikan untuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas menyempurnakan penutupan Program Koir Perpaduan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.

Shahelmey berkata, Bajet 2023 itu dilihat merangkumi golongan B40, M40, T20, golongan rentan, wanita selain turut memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara.

Beliau turut tertarik dengan bantuan kebajikan yang turut dinaikkan khususnya melibatkan bantuan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan wanita.

“Salah satu daripadanya adalah aspek dalam mengalakkan wanita untuk bekerja semula, selain tabung ataupun peruntukkan yang diberikan kepada wanita untuk menjalankan perniagaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya