HomeIsu tempatanPolis tahan lelaki tempatan, kes seludup minuman keras

Polis tahan lelaki tempatan, kes seludup minuman keras

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA MARUDU: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan bersama barangan seludup iaitu minuman keras dipercayai tidak mempunyai cukai kastam dalam satu serbuan di sebuah Pasaraya di Kg Taka, Pitas dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, bertindak atas maklumat, pada 9 Oktober 2022 jam lebih kurang 3.30 petang, sepasukan polis dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah menyerbu sebuah Pasaraya di Kg Taka, Pitas kerana disyaki menyimpan barangan seludup iaitu minuman keras.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas sejumlah 305 kotak minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai kastam yang disimpan di dalam gudang penyimpanan barangan runcit yang bersambung dengan premis pasaraya. Anggaran nilai rampasan adalah RM 88,624.80 termasuk cukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairolnizal berkata, turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis.

“Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

“PDRM akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan serta subsidi agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya