HomeIsu tempatanKasim teruskan agenda kecemerlangan UMS, tumpu bidang penyelidikan berimpak tinggi

Kasim teruskan agenda kecemerlangan UMS, tumpu bidang penyelidikan berimpak tinggi

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Kasim Mansor memaklumkan akan meneruskan agenda kecemerlangan universiti yang digariskan bermula daripada naib canselor pertama hingga keenam.

Menurutnya, beliau telah bersama-sama dengan kesemua naib canselor sebelum ini dan melalui pelbagai pencapaian yang dikecapi sejak penubuhan UMS pada 1994.

“Pengalaman ini akan saya terapkan ke dalam kepimpinan selaku naib canselor yang ketujuh untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Keutamaan akan diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas utama sebagai ahli akademik iaitu mempertingkatkan penyelidikan yang berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Serah Tugas Naib Canselor UMS di Dewan Bankuasi, di sini, semalam.

Penyerahan tugas itu melibatkan mantan naib canselor keenam Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin kepada kepada Kasim sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Nurlaila Said mewakili Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menurut Kasim, antara perancangan yang akan datang termasuklah meningkatkan geran penyelidikan bukan hanya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tetapi juga dari kalangan pihak industri dalam dan luar negara.

“Sebagai universiti komprehensif, penyelidikan UMS akan merangkumi pelbagai aspek termasuk isu-isu kemiskinan, kebudayaan, sains marin, perhutanan, pertanian, bioteknologi, minyak dan gas serta bidang-bidang lain yang berkaitan.

“Kita mempunyai lebih seribu kakitangan akademik yang mahir dalam pelbagai bidang, justeru kita ingin memaksimumkan sumber yang kita ada.

“UMS juga sentiasa bersedia untuk menyumbang dari segi kepakaran, penyelidikan dan buah fikiran kepada negara khususnya kepada negeri Sabah,” tambah Kasim.

Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS serta Pegawai-pegawai Utama dan kanan universiti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular