HomeUtamaJangan ulangi kesilapan lalu mengundi pembangkang - Lau

Jangan ulangi kesilapan lalu mengundi pembangkang – Lau

Read Time:1 Minute, 19 Second

SANDAKAN : Penduduk Sandakan dinasihatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu mengundi pembangkang.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen P.186 Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau berkata, Sandakan tidak boleh jatuh ke tangan pembangkang lagi kerana daerah ini sangat memerlukan perancangan pembangunan ekonomi dimana pelaksanaannya akan lebih efisien dan efektif jika wakil rakyatnya adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Kita akan mempunyai kelebihan jika berada dalam GRS dan kerajaan Sabah. Kalau pengundi Sandakan memberi saya mandat, saya akan dapat membawa lebih banyak perubahan positif berbanding dengan pembangkang ,” kata Lau ketika ditemui pemberita semasa program bertemu masyarakat di Pasar Tamu Mingguan di bandar Sandakan pada Ahad.

Lau turut berkata, perkara itu terbukti dengan keadaan ekonomi yang terbantut di Sandakan apabila kerusi itu disandang oleh parti pembangkang, tambah Lau.

Katanya, semasa program bertemu masyarakat berkenaan beliau telah menerima maklumbalas positif di mana ramai antara kalangan penduduk memberikan reaksi yang baik dan juga menyatakan mereka adalah penyokong Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu Lau juga mengadakan program seumpama di Pasar Malam Kim Fung, Batu 4, pada Sabtu.

Lau yang juga Naib Presiden SAPP berkata, memajukan ekonomi menerusi tiga sumber sedia ada iaitu industri kelapa sawit, industri pelancongan serta industri pertanian dan perikanan mampu menarik lebih banyak pelaburan sekiranya diusahakan dengan lebih terancang.

“Ini merupakan agenda utama beliau jika diberikan mandat oleh pengundi Sandakan pada 19 November nanti.

“Pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh bermakna lebih banyak peluang pekerjaaan kepada anak-anak muda dan mereka tidak perlu lagi bekerja di tempat lain seperti Semenanjung Malaysia atau Singapura untuk bekerja dan perwujudan kemudahan awam serta infrastruktur yang lebih baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular