HomeUtamaSandakan perlukan kolej teknikal menawarkan kursus komprehensif

Sandakan perlukan kolej teknikal menawarkan kursus komprehensif

Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Sandakan memerlukan banyak lagi kolej untuk menyediakan peluang pendidikan teknikal kepada golongan belia.

Pendidikan teknikal ini amat penting sebagai persiapan generasi muda untuk menyesuaikan diri dengan teknologi masa depan, kata Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.186 Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau kepada media pada hari ketiga program kempen beliau di Bandar Kim Fung kelmarin.

Lau yang juga Naib Presiden SAPP menjelaskan bahawa Sandakan memerlukan kolej teknikal yang menawarkan kursus-kursus seperti automatif dan kejuruteraan agar secara strategik dapat melahirkan kumpulan bakat kita sendiri yang terdiri daripada belia yang terlatih dalam kemahiran dan kursus bersesuaian.

“Kolej-kolej ini juga boleh membantu mengisi jurang kemahiran di Sandakan dengan melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai bakat dan kemahiran yang diperlukan atau menjadi pilihan pihak pengusaha perniagaan mahupun majikan,” tambah Lau.

Lau turut berkata, golongan belia juga tidak lagi perlu meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pelajaran kerana menghantar mereka ke tempat lain juga mungkin boleh membebankan keluarga terutama mereka yang dari golongan berpendapatan rendah.

“Pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan dan saya telah memasukkan penubuhan kolej teknikal dalam manifesto saya. Jika saya diberi mandat oleh pengundi Sandakan pada 19 November ini, saya akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk merealisasikannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 21,504 penerima SBAM terima manfaat, bantu ringankan kos...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular