HomeUtamaJR BN jejaki pengundi 'putih' Parlimen Putatan

JR BN jejaki pengundi ‘putih’ Parlimen Putatan

Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTATAN: Usaha menjejaki pengundi ‘putih’ sedang giat dijalankan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Putatan.

Calon BN Parlimen P.173 Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, beliau dimaklumkan setakat ini keadaan bancian penjejakan ataupun proses menjejaki pengundi ‘putih’ (pengundi Umno) di Parlimen Putatan dalam keadaan yang memuaskan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan kepada JR BN supaya tidak leka dan bersenang hati tetapi meneruskan usaha keras menjejaki dan mendekati pengundi-pengundi di kawasan itu.

“Kita tidak boleh leka dan bersenang hati kerana kita masih ada lebih kurang 13 hari sebelum hari paling penting, pada 19 November ini iaitu hari mengundi,” katanya ketika berucap semasa mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Pantai Lok Kawi dekat sini pada Isnin.

Katanya, PDM Taman Pantai Lok Kawi merupakan PDM yang ke -11 dalam siri lawatan jentera BN sejak dilancarkan 5 Nov lalu sejurus selesai proses penamaan calon.

Dalam pada itu, menurut Shahelmey, statistik menunjukkan di Taman Pantai Lok Kawi itu pada Pilihan Raya Negeri 2020, jumlah pengundi adalah sekitar 1,400 sahaja, tetapi selepas tahun lepas di mana proses pendaftaran secara automatik undi 18 tahun dilaksanakan, jumlah pengundi di Taman Pantai Lok Kawi adalah seramai lebih 3,100 orang.

Justeru itu, beliau menyeru kepada jentera-jentera parti BN terus mendekati golongan muda dan memberi kesedaran kepada mereka pentingnya untuk memilih kerajaan yang stabil bukan pilih suka-suka atau cuba-cuba.

“Apa yang kita pilih untuk menentukan masa depan negara, bagi golongan muda sudah semestinya mereka akan ada peluang pekerjaan atau perniagaan, nanti kita akan menjelaskan dengan adanya dasar-dasar dan manifesto Barisan Nasional, mereka akan yakin itulah pilihan yang bersesuaian bertepatan dengan mereka bagi menjamin masa depan golongan muda,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya