HomeSukanPenyokong tidak dibenarkan bawa bendera atau kain rentang parti politik - Shamsuddin

Penyokong tidak dibenarkan bawa bendera atau kain rentang parti politik – Shamsuddin

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Penyokong tidak dibenarkan membawa bendera atau kain rentang berunsurkan parti politik ketika hadir ke Stadium Likas untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah FC dan Kuching FC, Jumaat ini.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, larangan itu membabitkan sebarang bentuk kain rentang, bendera, cogankata dan pakaian yang berunsur politik, perkauman, agama dan provokasi.

Menurutnya, ia bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan Malaysian Football League (MFL), baru-baru ini.

“Semua bendera dan kain rentang berkaitan empat unsur-unsur berkenaan amat dilarang dipasang, dibawa masuk atau dipakai di dalam dan pekarangan stadium sepanjang perlawanan TM Piala Malaysia.

“Larangan itu juga termasuk sebarang aktiviti kempen pilihanraya, pengedaran risalah parti atau aktiviti mengedarkan apa-apa bentuk bantuan yang bersifat politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shamsuddin turut memaklumkan, petugas keselamatan Sabah FC dan pihak berkuasa stadium akan melakukan pemeriksaan teliti bagi mengelak barangan terlarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan ini,” tegasnya.

Beliau turut menggalakkan semua penonton hadir ke stadium seawal jam 6.30 petang bagi mengelak kesesakan pada perlawanan yang dijadualkan bermula jam 8.15 malam.

“Kita sekali lagi menggalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya.

Dalam pada itu, disasarkan sekurang-kurangnya lebih 20,000 penyokong dan peminat bola sepak akan hadir pada perlawanan kali ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular