HomeUtamaBayaran BKM Fasa 4 Dipercepat Mulai 15 November 

Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepat Mulai 15 November 

Read Time:52 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan dikreditkan lebih awal kepada penerima sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Ismail Sabri berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah di peruntukan untuk BKM yang memanfatkan 8.7 juta penerima bagi tahun ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular