HomeUtamaTrend menunjukkan masyarakat Cina Libaran kembali sokong BN - Suhaimi

Trend menunjukkan masyarakat Cina Libaran kembali sokong BN – Suhaimi

Read Time:59 Second

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan trend sokongan masyarakat Cina Libaran kembali menyokong BN.

Beliau berkata setakat ini maklum balas yang diterima sangat menggalakkan dan diharap ia akan diterjemah melalui undi pada 19 November kepadanya sebagai calon BN Libaran.

“Setakat ini tanda-tanda itu adalah amat menggalakkan. Misalnya dalam program-program dengan masyarakat Cina dan di sekolah-sekolah Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Walkabout Bandar Sibuga Batu 8, pagi tadi.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) berkata pelbagai bantuan peralatan persekolahan telah dilaksanakan olehnya di empat buah sekolah Cina dalam parlimen Libaran.

“Bukan sahaja bantuan persekolahan dilaksanakan tetapi juga projek baikpulih, penyelenggaran perparitan dan pembentungan, menyediaan kemudahan prasarana telah kita dilaksanakan.

“Selain bantuan bakul dan bantuan lain kepada masyarakat Cina telah dilaksanakan untuk memastikan juga menerima sumbangan,” katanya.

Menjawab soalan media, Suhaimi menjelaskan dia tidak pernah membeza-bezakan kaum dalam memberi kebajikan kepada rakyat.

“Saya akan terus berusaha membantu rakyat dari segi kebajikan, prasarana dan infrastruktur kepada rakyat di Libaran.

“Sekiranya diberi peluang sebagai sebagai Ahli Parlimen, saya akan menyuarakan permasalahan rakyat dalam parlimen ini demi keselesaan dan kesejateraan rakyat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya