HomeUtama20 cawangan Warisan Batu Sapi keluar parti, sertai GRS

20 cawangan Warisan Batu Sapi keluar parti, sertai GRS

Read Time:1 Minute, 39 Second

SANDAKAN: 20 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi keluar parti dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan dan perjuangan Warisan.

Ketua Penerangan Warisan Cawangan Batu Sapi, Hamdan Titing berkata beliau dan ahli-ahli nampak perjuangan GRS khasnya calon GRS Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam membawa suara Batu Sapi dan belia, tetapi sebaliknya dari Warisan.

“Kami semua terpanggil dan kagum dengan perjuangan calon GRS Batu Sapi.

“Kami semua sedar bahawa beliau bukan seseorang yang baharu lagi di kawasan sini dan sudah lama kami tahu akan perjuangan beliau, walaupun belum menjadi wakil rakyat.

“Saya yakin, keputusan saya dan ahli-ahli yang bersama saya hari ini, seramai 60 orang kami semua keluar dari Warisan dan ingin berjuang bersama calon GRS untuk memastikan kemenangan beliau di Batu Sapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam majlis serah borang keahlian di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, calon GRS Batu Sapi, Khairul Firdaus berkata perjuangan GRS sentiasa berfokus dan GRS mengalu-alukan semua pihak yang ingin bersama dan ikut serta dalam perjuangan parti itu.

“Macam petang ini kita lihat ahli kuat Warisan di Batu Sapi keluar meninggalkan Warisan dan menyertai kita (GRS) dengan sebab mereka sendiri yakin dan nampak perjuangan GRS, tanpa sebarang paksaan.

“Kepercayaan mereka kepada GRS adalah bukti bahawa misi dan matlamat kita untuk membawa suara rakyat, sangat jelas.

“Kita tahu mereka sudah berjuang lama bersama Warisan, sejak 2016 dan mereka telah berkorban masa, keringat, tenaga dan semua untuk membawa nama parti, tetapi tidak memberikan sebarang hasil atau manfaat kepada rakyat.

“Untuk itu, mereka nyatakan kepada kita, untuk bersama kita dalam misi membawa suara rakyat Batu Sapi, bersama saya dan GRS,” katanya.

Selain itu, Khairul Firdaus turut menegaskan bahawa perjuangan setiap ahli parti adalah sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh.

“Kita tidak boleh pandang remeh setiap apa yang ahli kita perjuangkan.

“Mereka adalah kekuatan kita, jadi kita mesti menjaga ahli kita dan fokus dalam misi kita,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya