HomeIsu tempatanPRU15: Penggunaan media sosial dalam kempen yang efektif

PRU15: Penggunaan media sosial dalam kempen yang efektif

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin meriah dengan pelbagai corak kreativiti yang dipamerkan oleh para calon dan parti bertanding menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Jakaria Dasan berkata, penggunaan media sosial sebagai medium kempen mampu memberikan kesan positif kepada parti atau calon yang bertanding dalam menyampaikan manifesto dengan lebih cepat dan efektif.

“Dalam kontek ini, kita kena faham bahawa sekiranya media sosial itu digunakan untuk tujuan kempen seseorang calon, calon yang menggunakan fakta mungkin akan meraih undi yang lebih baik daripada calon yang mengemukakan pandangan.

“Cuma isunya di sini ialah, wujud tren dalam kalangan pengundi yang melihat kepada populariti yang mana orang yang yang pandai berkata-kata itu biasanya mendapat undian yang lebih baik daripada mereka yang kurang penyampaian ucapan dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, dengan kewujudan pengundi yang berumur 18 tahun ke atas, media sosial mampu memberi kesan positif sekiranya calon memperbanyakkan fakta dalam hujah yang dilontarkan. 

“Selain daripada itu juga, penggunaan media sosial mungkin boleh memberi kesan yang tidak baik sama ada kepada calon itu sendiri atau masyarakat pendengar. Sebagai contoh kepada calon mungkin akan melebihi sempadan norma budaya masyarakat kita, saya merujuk kepada santun dan budaya, dimana mungkin akan berlaku perlanggaran etika dalam menyampaikan pandangan. Walaupun ianya belum berlaku, tetapi kita risau keadaan ini akan terjadi.

“Kepada masyarakat pula, apabila mereka mempunyai kebebasan untuk memberi pandangan balas, mereka akan menulis teks balasan yang kadang-kadang terkeluar daripada sempadan norma kehidupan masyarakat, yang akhirnya apabila umum membaca paparan-paparan sedemikian, ianya akan memberi kesan sosial kepada masyarakat secara keseluruhannya,” ujar beliau.

Hal ini dikongsikan oleh Dr. Jakaria dalam satu temubual berhubung penggunaan kempen melalui media sosial. Sejauhmana impak daripada aspek Pro dan Kontra kepada masyarakat khususnya, dan amnya calon.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular