HomeUtamaKV Keningau rangkul tiga anugerah pengantarabangsaan

KV Keningau rangkul tiga anugerah pengantarabangsaan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kolej Vokasional Keningau telah menerima tiga Anugerah Penglibatan dan Kepimpinan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sempena majlis Anugerah Pamer Keunggulan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah, di sini pada Selasa lalu.(22 Nov)

Anugerah yang diterima merupakan atas penglibatan aktif kolej berkenaan dalam program-program peringkat antarabangsa serta pengurusan kokurikulum.

Majlis penganugerahan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Tah Nia Jaman, diringi oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Muddin Beting.

Tiga orang penerima anugerah berkenaan iaitu Timbalan Pengarah Akademik, Noorhayati Hashim @ Harun, beserta dua orang guru iaitu Nurazilah Othman dan Dr. Sirhajwan Idek.

Noorhayati yang juga pemangku Pengarah Kolej Vokasional Keningau menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Penglibatan Cemerlang Program Peringkat Antarabangsa.

Manakala Nurazilah Othman dinobatkan johan Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah yang merupakan anugerah individu dan Dr Sirhajwan Idek menerima Anugerah Kepimpinan Pengurusan Program Peringkat Antarabangsa.

Sementara itu, Noorhayati berkata, anugerah-anugerah yang diterima kolej itu merupakan pencapaian dan penglibatan para guru dan pelajar dalam pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa seperti pertandingan inovasi, persidangan kajian dan festival seni.

“Selain daripada itu, kolej ini sering melaksanakan program-program yang melibatkan organisasi dan individu dari negara-negara lain seperti program pertukaran pelajar dan guru melalui pengajaran dan pembelajaran dalam talian dengan negara-negara Asia Tenggara, kem budaya hibrid dengan Amerika Syarikat, kelas induk (masterclass) dengan jurulatih dari Eropah dan Asia Timur serta sesi meja bulat (roundtable) dengan negara-negara di benua Afrika. Malah beberapa pelajar kolej ini berjaya menjadi duta dan felo persatuan global seperti Theirworld dan Learning Planet Alliance,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru itu, menurut Noorhayati, program-program pengantarabangsaan sebegini telah membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan para pendidik serta penuntut di institusi berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya