HomeIsu tempatanProjek inovasi I-SAH bawa tuah kepada UMS

Projek inovasi I-SAH bawa tuah kepada UMS

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Pasukan EVOLUTION Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai penerima anugerah emas pada pertandingan International Convention on QC Circle (ICQCC) di Jakarta baru-baru ini.

Pasukan tersebut yang dianggotai tujuh kakitangan sokongan dan pelaksana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) memenangi anugerah itu melalui  projek inovasi bertajuk Permohonan Surat Pengesahan Pelajar atas Talian (I-SAH).

Inovasi I-SAH merupakan inovasi melibatkan penambahbaikan proses dan tempoh menunggu surat maklum balas yang sebelum ini mengambil masa sehingga enam hari kepada hanya satu hari melalui kaedah atas talian.

Inovasi tersebut juga telah memberikan penjimatan kos kertas dan cetakan sehingga lebih daripada RM16,000.

Sementara itu Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa.

“Ini menunjukkan UMS bukan hanya mempunyai keupayaan mencipta inovasi-inovasi dalam kalangan para penyelidik dan kakitangan akademik, malah ini menjadi satu manifestasi bahawa UMS mempunyai kakitangan pentadbiran dan teknikal yang cemerlang dan mampu menjulang nama universiti di persada global,” katanya.

Untuk rekod, IQCC disertai 328 peserta dari 65 kumpulan inovasi yang mewakili 40 organisasi sektor awam dan swasta.

Di peringkat dunia pula penyertaan lebih 1,000 pasukan inovasi dari 13 negara anggota iaitu Bangladesh, China, Hong Kong, India, Japan, Indonesia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Mauritius, Korea dan Malaysia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya