HomeIsu tempatanINTI Foundation sumbang RM100,000 kepada Institut Sinaran

INTI Foundation sumbang RM100,000 kepada Institut Sinaran

Read Time:1 Minute, 51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : INTI Foundation terus komited untuk mempromosikan pendidikan dan memupuk budaya penjagaan sejak penubuhannya pada 1996.

Ini termasuklah terlibat dalam inisiatif dan projek amal yang secara aktif mempromosi dan memperkasa aktiviti pendidikan dan kebudayaan di Malaysia termasuk menyerahkan sumbangan kewangan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Baru-baru ini, INTI Foundation telah menyumbangkan sejumlah RM100,000 kepada Institut Sinaran, sebuah institusi pendidikan tinggi di negeri ini.

Pengerusi INTI Foundation, Datuk Dr. Tan Yew Sing berkata, ia diharapkan memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan pelajar menerima pendidikan berkualiti tinggi yang kemudiannya akan menghasilkan kumpulan graduan yang kompeten untuk masa depan.

“Kami mengambil peluang ini untuk memberi kembali kepada masyarakat kerana Institut Sinaran dimiliki bersama oleh persatuan berasaskan komuniti yang berkhidmat kepada masyarakat setempat melalui penyediaan sekolah menengah swasta dan pendidikan tinggi.

“Misi kami adalah untuk menggalakkan pendidikan dan menyemai budaya prihatin tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini baru-baru ini.

Tan yang juga Pengasas dan Pengerusi INTI International University & Colleges berkata, membuat sumbangan untuk mendidik masyarakat setempat penting untuk memastikan kesinambungan pembelajaran yang saksama, serta pendidikan yang kondusif.

Katanya, inisiatif itu juga dijangka mengukuhkan hubungan antara ICS dan IS, berikutan perjanjian rasmi antara kedua-dua institusi pada Julai 2022 yang akan mewujudkan laluan kemajuan untuk pelajar IS dan memudahkan kerjasama dalam bidang yang bermanfaat kepada pelajar.

Tambahnya, ICS berusaha untuk memupuk kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar dan menawarkan mereka pengalaman praktikal untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah.

“ICS menawarkan kursus yang mempunyai permintaan tinggi, seperti program Perniagaan, Peningkatan Bahasa Inggeris dan Diploma Pengurusan Hotel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sinaran, Michael Chin menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan itu dan menantikan bagaimana ia akan membantu pelajar semasa dan akan datang.

“Terima kasih kepada INTI Foundation di atas atas kemurahan hati dan dedikasi mereka terhadap pendidikan.

“Sumbangan ini akan membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di IS, serta memastikan pelajar tempatan dapat menikmati pendidikan berkualiti tinggi dalam persekitaran yang kondusif,” katanya.

Terdahulu, Tan menyampaikan replika cek untuk RM100,000 kepada Presiden Institut Sinaran (IS) Lembaga Gabenor, Datuk Chong Hon Len pada Majlis Konvokesyen yang diadakan di Institut Sinaran pada 26 November lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya